Minggu kelima
Seterusnya, pelajar diminta untuk melukis mengikut buku cerita yang telah dipilih. Saya memilih buku cerita kanak-kanak yang bertajuk "Putera Katak" sebagai tugasan berkumpulan. Kemudian lukisan tersebut akan diwarnakan dengan pen basah berwarna hitam sebelum discan.
Tuesday, 15 December 2015
Minggu keempat- Melukis
Pada minggu ini, Encik Wan memberi penerangan tentang rekabentuk pengajaran mengikut Model Assure. Tambahan beliau mengajar asas-asas lukisan untuk dijadikan kepada grafik. Kami diminta untuk melukis serta melakar Kisah Sang Kancil sebagai permulaan pembelajaran.
Berikut merupakan lakaran yang telah kami hasilkan berpandukan teks yang telah diberikan oleh pensyarah.
Pada minggu ini, Encik Wan memberi penerangan tentang rekabentuk pengajaran mengikut Model Assure. Tambahan beliau mengajar asas-asas lukisan untuk dijadikan kepada grafik. Kami diminta untuk melukis serta melakar Kisah Sang Kancil sebagai permulaan pembelajaran.
Berikut merupakan lakaran yang telah kami hasilkan berpandukan teks yang telah diberikan oleh pensyarah.
Sunday, 15 November 2015
Konsep Pendidikan::
"Pendidikan ialah usaha sistematik yang disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha perkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.”
Konsep Pendidikan::
- Kamus Dewan Edisi Ke-4
- Perihal mendidik
- Ilmu: ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan
- Mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya
KONSEP TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Rabu:: 11/11/2015
Pada pertemuan kali kedua Encik Wan menerangkan tentang konsep Teknologi Pendidikan. Penerangan menggunakan slide memudahkan saya untuk memahami dengan lebih "deep" tentang subjek ini. Cehh. Antara ilmu yang disampaikan kepada kami ialah......
Takrifan ini ialah "aplikasi sistematik pengetahuan kepada tugas praktikal" yang membayangkan bahawa teknologi tidak terhad kepada penggunaan objek fizikal seperti mesin, perkakasan atau peralatan untuk "tugas-tugas praktikal"
•Galbraith (1976), menyatakan teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai kejayaan.
Pada pertemuan kali kedua Encik Wan menerangkan tentang konsep Teknologi Pendidikan. Penerangan menggunakan slide memudahkan saya untuk memahami dengan lebih "deep" tentang subjek ini. Cehh. Antara ilmu yang disampaikan kepada kami ialah......
Konsep Teknologi::
•ApakahTeknologi? Galbraith (1967) mentakrifkan teknologi sebagai "the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks”.Takrifan ini ialah "aplikasi sistematik pengetahuan kepada tugas praktikal" yang membayangkan bahawa teknologi tidak terhad kepada penggunaan objek fizikal seperti mesin, perkakasan atau peralatan untuk "tugas-tugas praktikal"
Konsep Teknologi::
Friday, 13 November 2015
Ahad:: 8/11/2015
Pensyarah banyak menerangkan tentang kaedah penilaian, kaedah pengajaran dalam subjek Teknologi Pendidikan.
Objektif:
- Membina kesedaran kepentingan teknologi pendidikan dalam p&p
- Mengembangkan kefahaman konsep-konsep asas teknologi pendidikan
- Memahami prinsip-prinsip penghasilan media p&p
- Mendedahkan teknik-teknik merancang, menghasilkan dan menggunakan media dalam p&p
Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t (;
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ
مُسْلِمٍ
Erti: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap
muslim. (Sahih lighairihi. Riwayat Ibn Majah: 224)
Sesungguhnya Allah
memuliakan darjat orang-orang yang menuntut ilmu. Rugilah kiranya jikalau kita
sebagai hamba tidak berusaha untuk menuntut ilmu-ilmu Allah yang infiniti ini.
Sedikit ilmu dan pengalaman baru yang cuba untuk dikongsikan bersama
rakan-rakan. Atas permintaan pensyarah subjek ini sendiri iaitu Encik Wan Mohd Hazani
bin Wan Ibrahim selaku pensyarah bagi subjek Teknologi Pendidikan, maka
terjadilah satu fenomena "Blogger" bagi semua student sem 4. Semoga
mendapat redha Allah serta carry mark yang da boom. Ameen. Kekeke. Andai
terdapat kekurangan serta khilaf sepanjang perkongsian ini, sudilah kiranya
untuk bertukar pendapat dan memperbetulkan kesilapan tersebut. Ok here we
start.
Subscribe to:
Posts (Atom)