Rabu:: 11/11/2015
Pada pertemuan kali kedua Encik Wan menerangkan tentang konsep Teknologi Pendidikan. Penerangan menggunakan slide memudahkan saya untuk memahami dengan lebih "deep" tentang subjek ini. Cehh. Antara ilmu yang disampaikan kepada kami ialah......
Konsep Teknologi::
•ApakahTeknologi? Galbraith (1967) mentakrifkan teknologi sebagai "the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks”.
Takrifan ini ialah "aplikasi sistematik pengetahuan kepada tugas praktikal" yang membayangkan bahawa teknologi tidak terhad kepada penggunaan objek fizikal seperti mesin, perkakasan atau peralatan untuk "tugas-tugas praktikal"
Konsep Teknologi::
•Galbraith (1976), menyatakan teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai kejayaan.